Sukan Hari Ini

Conte pertahan Costa

London: Pengurus Chelsea Antonio Conte (gambar) mempertahankan Diego Costa selepas penyerang itu sekali lagi terbabit kontroversi ketika pasukannya menang 2-1 ke atas West Ham United.

Costa menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 di Stamford Bridge awal pagi semalam pada perlawanan pertama Liga Perdana buat kedua-dua pasukan.

Tetapi pemain Sepanyol kelahiran Brazil itu boleh menganggap dirinya bernasib baik dapat terus bermain kerana sebelum itu, dia mengasari penjaga gol West Ham Adrian sedangkan ketika itu dia sudah pun menerima kad kuning.

“Diego hanya cuba memberikan tekanan kepada Adrian dan sebelum dia menyentuh penjaga gol itu, dia sudah pun berhenti,” kata Conte dalam satu kenyataan yang bagaimanapun dilihat bertentangan dengan bukti menerusi video.

“Atas sebab ini, saya rasa pengadil membuat keputusan tepat. Anda tahu bahawa Diego seorang yang gigih dan dan sentiasa menumpukan perhatian ke atas apa saja yang dilakukannya. Dalam situasi ini, saya rasa keputusan pengadil itu sangat tepat.”

Chelsea mendahului 1-0 hasil penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada minit ke-47 dan tidak lama kemudian Costa melakukan kekasaran ke atas Adrian dengan terjahan ke arah betis kanan penjaga gol terbabit.

Pada babak pertama, pengadil Anthony Taylor melayangkan kad kuning kepada Costa atas kekasaran yang dilakukannya tetapi ketika terjahan ke atas Adrian, Taylor tidak mengenakan apa-apa tindakan.

Pertahanan West Ham James Collins menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 13 minit tetapi Costa menghasilkan gol kemenangan hasil hantaran pemain baharu, Michy Batshuayi.

“Berdasarkan pemerhatian, kami benar-benar tidak gembira dengan insiden berkenaan,” kata pengurus West Ham Slaven Bilic ketika ditanya mengenai terjahan Costa itu.

“Ia bukanlah terlalu keras. Bukan juga sesuatu yang disengajakan tetapi terjahan itu lewat, terlalu lewat.

“Sepanjang sembilan daripada 10 terjahan ke atas penjaga gol seperti itu, anda pasti melihat ada kad dikeluarkan. Tetapi malangnya tidak pada kali ini.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");