Jenayah

Cucu hadapi pertuduhan bunuh nenek

ALOR SETAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya yang berusia 87 tahun, bulan lalu.

Mohd Aznan Abdul, 29, didakwa membunuh Aton Hamid antara jam 10 pagi hingga 11 pagi, di Kilometer 10, Jalan Seri, Gunung Keriang, Alor Setar, 16 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan 20 September sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");