Berita Hari Ini

Dasar luar perlu seiring dengan kepentingan negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu beralih haluan daripada pendekatan lampau memandangkan dasar luarnya perlu berkisar kepada usaha menjalin kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Berucap merasmikan persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di sini hari ini, Najib menegaskan kepentingan negara perlu diberi keutamaan dan bukannya kepentingan politik peribadi.

“Kami di Malaysia, percaya dalam usaha mendekati negara-negara lain, kita perlu mengekalkan pendirian yang bebas, berkecuali dan berprinsip tanpa mengira sistem dan ideologi politik dalam hal ehwal di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak percaya kepada campur tangan asing dalam hal ehwal domestik negara-negara lain.

“Kami bertegas bahawa zaman di mana kuasa imperial boleh memberi arahan tentang bagaimana untuk menjaga tingkah laku, baik dari segi politik, ekonomi atau budaya, sudah berlalu,” katanya.

Merujuk kepada pemimpin yang lalu, Najib berkata Malaysia telah membuat keputusan bahawa dasar luarnya tidak akan lagi digambarkan dengan kata-kata kaustik dan ulasan pedas sebaliknya mengambil pendekatan kesederhanaan.

“Ini akan membolehkan kita menarik perhatian dan mempromosikan persefahaman.

Perkara ini adalah satu keutamaan baik di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");