Sukan Hari Ini

Debaran 15 September

Kuala Lumpur: Masa depan jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan (gambar kanan) serta barisan kejurulatihan lain yang tamat kontrak hujung tahun ini, akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T), 15 September nanti.

Namun, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria seolah-olah memberi bayangan bekas pemain legenda Indonesia itu mungkin dikekalkan selepas mengambil kira pencapaiannya membimbing barisan pemain perseorangan negara terutama Datuk Lee Chong Wei.

Meskipun gagal membantu Chong Wei meraih pingat emas di Sukan Olimpik Rio, Norza berpendapat Hendrawan sudah melaksanakan tugasnya dengan baik, terutamanya bertanggungjawab mengembalikan semula Chong Wei di ranking pertama dunia sebaik memenuhi hukuman penggantungan akibat kesalahan doping.

“Bagi saya, Hendrawan sudah menjalankan tanggungjawab dengan begitu cemerlang terutama ketika Chong Wei baru lepas memenuhi hukuman penggantungan.

“Beliau bersama-sama Chong Wei pergi ke mana saja lokasi pertandingan sebelum kemudian berjaya melayakkan diri beraksi di saingan lebih besar seperti Siri Super.

“Secara peribadi, saya akan sokong sekiranya Hendrawan hendak meneruskan khidmatnya.

“Malah Chong Wei juga ada menyatakan Hendrawan diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain muda yang lain,” katanya.

Jelas Norza, mesyuarat C&T yang akan dipengerusikan olehnya itu akan membincangkan secara menyeluruh mengenai prestasi di Rio selain mendapatkan pandangan barisan pemain negara dalam usaha badan induk berkenaan merangka pelan jangka masa panjang.

Chong Wei menerusi laporan Arena Metro semalam menyatakan masih mahu Hendrawan bersamanya terutama pada menghadapi Kejohanan Dunia tahun depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");