Membawang Hari Ini

Demi karakter pekak, Zahiril Adzim rujuk bapa

DEMI menjayakan wataknya sebagai seorang lelaki cacat pendengaran, aktor berbakat besar, Zahiril Adzim sanggup berguru dengan bapanya yang juga seorang guru pendidikan khas.

Menurut Zahiril, bapanya sering menggunakan bahasa isyarat dengan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada orang pekak dan bisu.

Bagaimanapun hasratnya untuk menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya di dalam filem berjudul Pekak ini tidak terlaksana.

“Ketika mula ditawarkan berlakon filem ini, pengarah, Mohd Khairul Azri, memaklumkan dia tidak mahu saya menggunakan bahasa isyarat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan dia mahu saya menggunakan isyarat biasa yang boleh difahami semua.

“Bagaimanapun ada dua tiga babak saya gunakan secara senyap-senyap dan mungkin Kroll (Khairul) tidak perasan,” katanya tertawa.

Tidak hanya mempelajari bahasa isyarat, Zahiril juga terpaksa bersikap ‘sombong’ dengan semua orang di set termasuk rakan baiknya sendiri demi menghayati karakter.

“Susah sebenarnya nak bawa watak orang kurang pendengaran sebab saya dengar. Jadi Kroll ada beri saya satu alat yang mengeluarkan bunyi dengung dan saya pakai sepanjang berada di set.

“Bila berjumpa kawan-kawan pun saya tak berbual dengan mereka, hanya sekadar senyum, angkat tangan dan guna isyarat mudah untuk berkomunikasi.

“Memang kadangkala nampak biadab dan sombong. Tapi saya terpaksa lakukan untuk menghayati watak,” ujarnya yang berharap filem ini akan memberi satu impak baharu di dalam industri perfileman.

Selain Zahiril, Pekak turut dibintangi pelakon Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Iedil Putra, Amerul Affendi dan bakal ditayangkan 1 September depan.

Dalam pada itu, Zahiril bakal muncul dengan filem terbaru, One Two Jaga arahan Namron, mengisahkan tentang sisi gelap pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zahiril berkata, dalam filem itu, dia memegang watak seorang anggota polis yang dikelilingi oleh anggota polis yang mengamalkan rasuah dan peras ugut.

“Naskhah ini sangat berani kerana ia menampilkan sisi gelap polis yang mana terdapat segelintir anggota ini yang melakukan kesalahan, dan PDRM sendiri meluluskan penggambaran filem ini.

“Bagaimanapun mereka ada beri pendapat dari segi cara pembawaan sebagai seorang anggota dan turut turun ke lokasi tanda sokongan,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");