Membawang Hari Ini

Diana cekal bina nama di Bollywood

Kali terakhir Diana Penty muncul di layar perak empat tahun lalu menerusi filem Cocktail.

Agak lama menyepi daripada dunia lakonan kerana sibuk sebagai duta produk dan komitmen di pentas peragaan, kini pelakon jelita itu tampil dalam filem terbaru lakonannya, Happy Bhag Jayegi.

Diana bintang yang sentiasa positif dalam hidupnya. Mengimbas kembara seninya, pelakon jelita ini masuk ke dalam industri Bollywood tanpa bantuan sesiapa.

“Hanya berbekalkan keyakinan dan berusaha menghilangkan rasa rendah diri, saya beranikan diri datang ke Bollywood.

“Saya belajar mengenali dan menjadi diri sendiri. Peluang berlakon hadir tanpa disangka.

“Sebenarnya saya tidak ke mana-mana, ada saja di sini (Bollywood). Cuma sibuk mempromosikan produk yang saya wakili, peragaan dan tidak terlalu memikirkan dunia lakonan kerana saya tidak pernah bercita-cita untuk jadi pelakon.

“Selepas filem Cocktail, saya melakukan perkara yang benar-benar saya suka. Kalau tak jadi, tidak mengapa,” katanya.

Filem Happy Bhag Jayegi dilancarkan Jumaat lalu dan meraih kutipan pecah panggung.

Selain Diana, filem ini turut dibintangi Abhay Deol, Jimmy Shergill, Ali Fazal dan Momal Sheikh.

Bagi menghayati watak gadis Punjabi yang tipikal, Diana bergaul dengan golongan itu.

“Saya pergi ke Amritsar dan berkawan dengan gadis Punjabi. Saya belajar karakter, cara hidup dan cara mereka bercakap,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");