Jenayah

Didakwa mengaku Sultan Melaka

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan dihadapan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengaku Sultan Melaka dengan memperdayakan mangsanya mendapatkan persalinan Diraja Melaka membabitan kerugian RM2,100, pada Mei lalu.

Tertuduh, Sabirin Yusof, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada dua isteri dan 16 anak itu didakwa menipu Poniran Sumardi, 55, dengan memperdayakan mangsa tertuduh adalah Sultan Melaka.

Tertuduh yang beralamat di Istana Bukit Serene dekat ini, didakwa boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan Diraja Melaka dengan mendorong menyerahan wang tunai RM2,100.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah Johor antara awal, pertengahan dan penghujung Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad yang menyebut bagi pihak peguam Nordin Hussin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen pada 4 September ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");