Jenayah

Dua maut kemalangan babit dua motosikal

SUNGAI PETANI – Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Km56, Jalan Alor Setar-Butterworth arah utara dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Asri Abdullah, 25, penunggang motosikal jenis Kawasaki manakala seorang lagi Noor Izzatie Juhari, 24, merupakan pembonceng motosikal jenis Modenas Dinamik.

Katanya dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, rakan Noor Izzatie, Musfirah Mustafa, 20, yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohamad Asri melanggar belakang motosikal ditunggang Musfira dan rakannya Noor Izzatie.

“Ia mengakibatan motosikal Mohamad Asri terbabas ke bahu kanan jalan manakalanya motosikal dinaiki dua rakan terbabit terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Mohammad Asri meninggal dunia di tempat kejadian manakala Noor Izzatie meninggal dunia dalam perjalanan ke HSAH.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");