Jenayah

Empat kekasih ditahan khalwat

Sungai Petani: Seramai empat pasangan ditahan di hotel berasingan sekitar Sungai Petani membabitkan individu berusia 17 sehingga 34 tahun awal pagi tadi kerana berkhalwat.

Ketua Penguatkuasaan Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi tadi diketuai Penguatkuasa Agama Pejabat Agama Daerah, Zaiferi Zainul turut membabitkan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Daerah Yan dan Cawangan Penyiasat Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan, empat pasangan ditahan di hotel berasingan di kawasan sekitar Sungai Petani membabitkan individu berusia 17 sehingga 34 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ketika serbuan itu salah seorang pasangan ditahan di sebuah hotel di Amanjaya turut membawa anak mereka hasil hubungan terlarang.

Pasangan berusia 28 dan 34 tahun itu mendakwa sudah dua tahun menjalinkan hubungan dan memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");