Panasnya Hari Ini

Enggan Bersatu Sama Seperti Sokong Najib – Tun M

KUALA LUMPUR : Semua parti pembangkang perlu bersatu untuk menentang Barisan Nasional (BN) dan keengganan berbuat demikian seolah-olah membuktikan mereka membantu dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengenai kesediaan parti Islam itu untuk berbincang dengan mana-mana parti termasuk BERSATU yang bakal didaftarkan, kecuali DAP dan AMANAH.

“Jika pakatan pembangkang lawan sesama sendiri, mereka akan kalah. Sikap itu bermakna mereka sokong pemerintahan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Pada masa sama, Tun Mahathir turut ditanya mengenai dakwaan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika zaman pentadbirannya menandatangani arahan penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana hanya menurut arahannya.

Datuk Megat Fairouz Junaidi yang merupakan anak kepada Tan Sri Megat Junaidi Megat Ayub berkata, bapanya menandatangani arahan penahanan ISA kerana diarahkan oleh Tun Mahathir sendiri.

“Saya tidak tahu, tak pernah dengar. Ini dakwaan baru. Mungkin dia lebih tahu daripada saya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");