Sukan Hari Ini

Enggan dicantas

Kuala Lumpur: Perseorangan wanita Tee Jing Yi mahu membuktikan sesuatu di pentas Olimpik susulan kemunculan juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei (gambar) yang dilihat bakal mencabar kedudukannya sebagai pemain utama negara.

Senario itu membuatkan Jing Yi lebih bersemangat untuk melakarkan keputusan positif pada penampilan keduanya di pentas Olimpik walaupun tidak diharapkan membawa pulang pingat.

“Saya mahu mencapai sesuatu kerana sedar Jin Wei sudah semakin menyerlah.

“Berbanding perseorangan dan beregu lelaki, kategori perseorangan wanita kurang menjadi tumpuan dan saya berharap situasi ini akan membolehkan saya lebih fokus apabila turun nanti,” kata pemain di ranking ke-29 dunia itu.

Nama Jin Wei pernah dikaitkan untuk menggantikan Jing Yi sekiranya kecederaan buku lali dialami pemain berusia 25 tahun itu menjejaskan peluangnya beraksi ke Rio.

Bagaimanapun dia sempat pulih untuk menggalas cabaran negara dengan diundi dalam Kumpulan K bersama-sama pemain pilihan ke-10 Akane Yamaguchi dari Jepun serta pemain Republik Czech Kristina Gavnholt.

“Saya bertemu Akane dua kali dan tewas namun saya mengharapkan situasi berbeza kali ini. Mungkin pemain pilihan akan tertekan dalam kejohanan terbesar ini dan saya pula turun sebagai underdog.

“Saya hanya memberikan fokus untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dulu. Saya berharap pengalaman di Olimpik London akan membantu apabila turun beraksi nanti,” tambahnya.

Empat tahun lalu, Jing Yi tersingkir awal apabila gagal melepasi saingan peringkat kumpulan selepas tewas kepada pemain Korea Selatan Bae Youn-joo walaupun menang ke atas pemain Itali Agnese Allegrini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");