Membawang Hari Ini

Faizal Tahir Tumpu Kerja Amal, Sebar Mesej Positif

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir berharap pertubuhan iAMFAITHMEN yang diasaskannya pada tahun lalu dapat menjadi sebagai badan pengantara bagi memudahkan masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Faizal berkata, dengan cara itu juga ia dapat menyatukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai kerjasama yang bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan dana malah program-program lain seperti ceramah, konsert dan sebagainya.

“Alhamdulillah penubuhan iAMFAITHMEN telah memberi banyak peluang kepada pihak kami dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Malah ada pihak-pihak daripada organisasi besar datang memberi amanah kepada kami untuk mengagihkan sumbangan dan dari situ timbul idea kenapa tidak pertubuhan ini menjadi pengantara.

“Ia memberi manfaat yang besar sebenarnya termasuk menyatukan lebih banyak NGO yang ada di negara ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia juga berharap akan lebih banyak masyarakat dari pelbagai bangsa tampil untuk sama-sama dalam usaha yang bukan sahaja memberi sumbangan tetapi melakukan kebaikkan terhadap sesama manusia.

Kata Faizal, masyarakat di Malaysia sebenarnya cukup positifi dan sentiasa terbuka untuk membantu namun kekurangan saluran betul membuatkan hasrat berkenaan terbantut.

“Orang Malaysia ini sebenarnya semuanya baik-baik dan suka membantu dan sebab itu menerusi iAMFAITHMEN kami galakkan mereka menyertai kami sebagai sukarelawan. Ia juga sebahagian daripada sedekah dan amal jariah kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Faizal berkata, dia bersama iAMFAITHMEN akan berangkat ke Acheh, Indonesia pada September depan bagi menjalankan aktiviti amal.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");