Membawang Hari Ini

Faizul puji komitmen Akim, Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Faizul Sany, mengagumi komitmen kerja ditunjukkan oleh pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy, sehingga memudahkan urusan kerja membabitkan mereka berdua.

Faizul yang juga juara Akademi Fantasia (AF) 2013 diberikan kepercayaan oleh pihak Yeo’s untuk menghasilkan lagu duet Akim dan Stacy berdasarkan video dirakamkan khas untuk produk minuman mereka.

“Memandangkan Stacy dan Akim baru saja mendirikan rumah tangga, mereka sering bergurau senda bagi membangkitkan keserasian untuk lagu berkenaan. Kedua-duanya bukan sekadar menyanyikannya, sebaliknya menjiwai lagu yang ditulis khas buat mereka.

“Saya dan Ezra diamanahkan oleh Yeo’s untuk menghasilkan lagu rancak berdasarkan video muzik yang dibintangi oleh Akim dan Stacy. Kami turut meminta bantuan Omar K untuk turut sama menyumbang idea dan kreativiti kepada lagu yang dihasilkan.

“Video muzik sedia ada menggambarkan situasi pertandingan menari antara kumpulan Stacy dan Akim, namun mempunyai pengakhiran yang baik. Judul lagu pula belum dipilih kerana saya bersedia menerima sebarang perubahan mengikut permintaan syarikat berkenaan,” kata Faizul.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi lagu Jatuh itu baharu saja melancarkan video muzik single berkenaan yang dihasilkan oleh beliau sendiri, di laman sosial YouTube.

Faizul berkata, beliau turut menerima tawaran menghasilkan lagu sempena bulan kemerdekaan.

Beliau memilih untuk menyanyikan lagu itu bersama pelajar pusat pengajian tinggi bagi membangkitkan lagi elemen dan semangat berjuang.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");