Membawang Hari Ini

Fara duet Afee Utopia

Kebelakangan ini genre lagu dakwah semakin diterima baik masyarakat. Antaranya ia dibuktikan menerusi populariti lagu Kalah Dalam Menang nyanyian Mawi dan Syamsul Yusof.

Justeru, ia turut membakar semangat buat penyanyi Farazila Abdul Jabar untuk melakukan perkara sama.

Fara yang pernah tampil dengan album solo berjudul Farazila pada 1999 memilih berduet dengan Afee Utopia menerusi lagu Jerat Dunia.

Lagu ini pernah ditampilkan dalam album kompilasi hari raya terbitan ZBH Music, namun Fara mengambil inisiatif mempromosikannya semula kerana yakin mampu diterima peminat.

“Album ini dihantar ke stesen radio pada Ramadan lalu dan saya bimbang penyampai radio menganggapnya lagu raya. Jadi, saya rasa wajar diubah tanggapan itu dengan melakukan promosi secara berterusan agar semua orang

tahu lagu ini relevan untuk semua situasi,” katanya.

Menurut Fara, hatinya terpikat apabila pertama kali mendengar lagu ciptaan Rosli Ahmad ini tetapi perubahan perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih mantap.

“Lagunya agak mendatar dan saya minta kebenaran untuk rombak apa yang perlu. Rosli juga beritahu ini lagu duet saya dengan penyanyi lelaki. Muziknya dalam genre pop rock dan asalnya kena buat rap tapi saya ubah bentuknya kepada adlib,” katanya.

Fara melihat Afee sesuai bergandingan dengannya tetapi agak mencabar apabila ‘key’ suara mereka berbeza.

“Untuk bergabung kenalah ada elemen yang sesuai dan kami perlu teliti dalam perkara ini. Pada mulanya lirik dihasilkan oleh Denzai dan Ahmad Fedtri Yahya.

“Kemudian saya terbabit secara tak langsung menulis kembali dan hasilnya lirik lagu ini jadi sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Fara yang pernah menghasilkan single berjudul Allah Tahu dan Mencari Hidayah juga tampil dengan single berjudul Senyumannya bergandingan dengan Ustaz Hezry dan Along.

Afee pula mengakui gembira dipilih terbabit dengan projek ini. Apatah lagi lagu Jerat Dunia mengandungi nasihat yang mendalam kepada masyarakat.

“Saya hanya jumpa Fara ketika rakaman lagu ini dan melihat ada keserasian antara kami. Ini lagu dakwah kedua saya selepas lagu Nasuha Tercipta gandingan dengan Pencetus Ummah Yeop.

“Pada saya kita perlu memperbanyakkan lagu dakwah kerana ia boleh mendidik masyarakat. Lagipun sekarang trend lagu ketuhanan memang diterima.

“Jerat Dunia bercerita kisah antara dua darjat dalam kalangan masyarakat. Kadangkala kita melakukan kesilapan tanpa disedari,” katanya yang bakal tampil dengan single berjudul Aku Sayang Kamu terbitan MVM selepas ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");