Perak Hari Ini

Gerai Buah Musnah Terbakar

TAIPING:Sebuah gerai menjual buah-buahan musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan kampung Pak Dolah Air Putih Kamunting di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat, kejadia berlaku sekitar jam 1.22 pagi tadi mengakibatkan kemusnahan hampir 30 peratus.

“Kebakaran melibatkan gerai buah-buahan di tepi jalan musnah hampir 30 peratus,setibanya penyelamat di lokasi kejadian api sedang marak dan berjaya dikawal,” katanya.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan mengalami kecederaan.

“Pihak penyelamat telah menggunakan satu aliran hos air bersumberkan air daripada tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 2.37 pagi tadi yang diketuai oleh PBK II Zulhawi Kamarudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");