Berita Hari Ini

Gesa SPRM bukan hanya tangkap ‘jerung’ sahaja

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk terus komited bukan hanya menangkap ‘jerung’ tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan bahawa setiap jerung ada keluarganya.

Demikian kenyataan tegas oleh Presiden Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM), Lt Col (H) Che Hassan Che Johan yang mengucapkan tahniah di atas kesungguhan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad membanteras jenayah di kalangan penjawat awam.

“Jangan biar ketua keluarga jerung ini terlepas begitu sahaja. Yang berlalu biarkan ia berlalu… (sekarang) fokus ke depan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

SPRM semalam menahan tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) lebih kurang jam 12 dan 2 petang semalam. Ketiga-tiga mereka direman hari ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Che Hassan turut mengingatkan supaya prosedur siasatan SPRM dipercepatkan memandangkan wujud kes kendalian suruhanjaya itu yang mengambil masa bertahun untuk diselesaikan.

“Bagi saya wujudkanlah satu badan kehakiman khas untuk mengatasi campur tangan kuasa-kuasa yang mengganggu perjalanan proses pendakwaan untuk kepala-kepala jerung yang akan terlepas dari didakwa oleh SPRM,” katanya.

Che Hassan turut menggesa SPRM di bawah seliaan Dzulkifli supaya lebih telus dan berintegriti dalam menjalankan tugas mencegah perbuatan kotor dan menjijikkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");