Panasnya Hari Ini

Harga Minyak : Rafizi Desak KPDNKK Siar Jadual Kiraan Secara Terperinci

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyiarkan secara terperinci jadual kiraan dasar apungan harga mengikut pasaran yang dilaksanakan.

Ujarnya, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat menilai berapa banyak cukai yang telah dikutip secara tersembunyi.

“Saya boleh memaklumkan bahawa kiraan mengikut formula harga apungan bagi bulan Ogos 2016 (menggunakan harga pasaran purata dan kadar tukaran purata sepanjang Julai 2016) menunjukkan bahawa harga RON95 sepatutnya turun lagi sebanyak RM0.10.

“Walau bagaimanapun, harga di stesen minyak seperti yang diarahkan oleh kerajaan melalui KPDNKK menunjukkan harga RON95 kekal pada RM1.75 seliter,”katanya menerusi satu kenyataan.

Dakwa Rafizi, rakyat Malaysia akan membayar RM0.10 cukai bagi setiap liter RON95 yang dibeli bagi sepanjang bulan 0gos tahun ini dengan anggaran kutipan cukai RM142 juta.

Naib Presiden PKR itu turut mendakwa, kutipan itu adalah untuk menampung subsidi yang ditanggung kerajaan bagi bulan Mei dan Jun 2016 apabila kerajaan menetapkan harga minyak yang lebih rendah dari harga apungan kerana dua pilihan raya diadakan iaitu Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Tindakan menetapkan harga mengikut kepentingan politik Perdana Menteri dan Barisan Nasional adalah melampau apabila Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan akan menetapkan harga mengikut pasaran.

“Sebaliknya yang berlaku harga minyak ditetapkan mengikut kesesuaian dan kepentingan beliau sendiri,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");