Sukan Hari Ini

Harga Pogba satu pembaziran

SELEPAS pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan harga Paul Pogba tidak masuk akal, kini tiba giliran pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang menyifatkan tindakan United mahu membeli pemain itu dengan harga £100 juta sebagai gila.

Kata Wenger nilai £100 juta untuk seorang pemain adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam norma kehidupan.

“Nilai transfer Pogba? Itu benar-benar gila. Kalau kelab mampu membayarnya, jadi tiada masalah untuk membeli pemain itu.

“Tetapi ia tetap gila jika hendak dibandingkan dalam kehidupan normal. Dalam bola sepak, ia tidak mustahil kerana banyak kelab mampu menghasilkan wang yang banyak.

“Tetapi yang paling penting adakah mampu pemain itu membuktikan keupayaannya dengan harga yang dibayar kelab?,” soalnya.

Dengan nilai £100 juta, Pogba akan menjadi pemain termahal dunia mengalahkan pemain Real Madrid, Gareth Bale.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");