Membawang Hari Ini

Harun anjur kelas lakonan

Siapa tidak kenal pelakon hebat Harun Hashim yang pernah mewarnai industri lakonan sekitar era 80-an dan pertengahan 90-an?

Ketika itu kelibat Harun sentiasa ditunggu-tunggu peminat. Berilah apa saja watak antaranya hero dan lelaki psiko, semuanya dijayakan dengan cemerlang oleh pelakon berusia 60 tahun ini.

Tidak ketinggalan telefilem Pa’e lakonannya bersama Shaheizy Sam yang disiarkan menerusi cerekarama TV3 pada 1998 masih kekal di ingatan peminat sehingga kini.

Selain masih aktif berlakon, Harun juga giat mencari rezeki sampingan dengan berniaga. Terbaru dia terbabit dengan Karnival Keluarga FELDA Bersama Artis.

Program anjuran Fzn Gemilang dengan kerjasama FELDA ini diadakan di Dewan Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan dari jam 9 pagi hingga 12 malam bermula Jumaat lalu hingga hari ini.

“Menerusi program ini saya dapat berjumpa semula ramai rakan seangkatan. Majoriti yang menyertai karnival ini pelakon veteran. Ada juga artis baru yang terbabit dan saya dapat berkenalan dengan mereka.

“Saya jual cincin buatan sendiri, tudung, baju kurung dan aksesori wanita.

“Penyertaan ini adalah atas permintaan peminat di FELDA dan sudah tentu saya dan rakan artis teruja. Sambil berniaga kami dapat bermesra dengan masyarakat sekitar. Peluang sebegini bukan selalu datang,” katanya.

Harun yang kini menganjurkan kelas lakonan sendiri di Shah Alam berkata, dia serta artis lain turut mengambil kesempatan mengadakan kelas lakonan singkat buat warga FELDA yang berminat mengetahui selok-belok dunia lakonan.

“Saya jadi tenaga pengajar di karnival ini. Penyertaan cukup menggalakkan khususnya anak muda.

“Kursus ini diadakan selama tiga hari dan kami curahkan segala ilmu serta pengalaman yang ada kepada peserta,” katanya yang akan terus menganjurkan kelas lakonan bagi mencungkil bakat baru.

Kelas lakonan Harun beroperasi di No 16A, Jalan Keluli Aj7/ Aj, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40,000 Shah Alam, Selangor. Mereka yang berminat boleh menghubungi Harun menerusi emel [email protected] metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");