Sukan Hari Ini

Ibra mula cerewet

PENYERANG baharu Manchester United, Zlatan Ibrahimovic mula menunjukkan sikap cerewetnya apabila bertindak meninggalkan hotel penginapan yang disediakan kelab kerana tidak mempunyai kolam renang.

Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, Ibrahimovic dilihat meninggalkan hotel tempat penginapannya setelah beberapa jam berada di situ.

“Ibrahimovic masih belum mempunyai rumah di United, jadi pihak pengurusan kelab memberikannya bilik di Hotel Lowry. Hotel berstatus lima bintang itu memang menjadi tempat United meletakkan pemain yang baru dibeli dan masih belum mempunyai rumah.

“Walaupun di berikan layanan terbaik, ketiadaan kolam renang menyebabkan Ibrahimovic daftar keluar selepas beberapa jam masuk ke situ.

“Dia dan keluarga kemudian daftar masuk ke hotel Radisson Blu yang jaraknya jauh sedikit daripada Old Trafford,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");