Jenayah

Ibu tunggal dua anak tinggal sehelai sepinggang

Padang Besar: Seorang ibu tunggal dan dua orang anak lelakinya yang berusia dua dan tiga tahun tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Sepakat, Titi Tinggi, di sini musnah dalam satu kebakaran pada pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku sekitar jam 6.20 pagi ketika mangsa, Norain Saad, 32 sedang tidur bersama dua lagi anaknya di rumah satu tingkat yang dibina menggunakan struktur batu dan kayu itu.

Menurut Jurucakap JBPM Negeri Perlis, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi dan sebuah jentera bomba berserta sembilan anggota yang diketuai Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Zamri Abd Ghani dari Balai Bomba Padang Besar tiba tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas itu.

“Api begitu marak sehingga memusnahkan keseluruhan struktur rumah di kawasan itu, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri,” katanya kepada Harian Metro.

Kebakaran bagaimanapun tidak merebak ke kawasan rumah lain meskipun susunan rumah di kawasan itu agak dekat dan api berjaya dikawal pada jam 7.17 pagi.

“Punca dan kerugian kebakaran masih disiasat,” katanya lagi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");