Sukan Hari Ini

‘Ini baru kelas pertama’

Kulim: Pelumba dari England, Ian Johanston, 36, menganggap saingan sukan basikal lasak Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, di sini, sebagai cabaran kelas pertama selepas melayan trek sejauh lebih 30 kilometer itu.

Johanston yang sudah enam tahun bertugas sebagai pegawai pemasaran sebuah agensi swasta di Kuala Lumpur, berkata pengalaman itu amat berharga lantaran cabaran dilalui begitu getir.

“Bukan mudah dapat bersaing bersama pelumba tempatan dan Thailand yang sememangnya handal.

“Sebelum ini saya pernah menyertai pelbagai kejohanan dan merasakan saingan ini antara yang paling menarik.

“Pengalaman berlumba di Malaysia begitu mencabar buat saya terutama dari fizikal kerana keadaan cuaca panas,” katanya yang berasal dari London.

“Tapi cabaran sebegini yang saya minat kerana dapat menguji sejauh mana ketahanan dan keupayaan diri dalam mengharungi saingan hingga ke garisan penamat.

“Walaupun tidak dapat ke podium, saya tetap berpuas hati,” katanya yang menyertai kategori Terbuka Lelaki.

Johanston yang tinggal di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, sanggup memandu lebih lima jam semata-mata mahu beraksi di Kulim dan kini menanam tekad untuk turut menyertai sirkit di Negeri Sembilan nanti.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");