Isu Panas

Jangan gadai kepentingan rakyat kerana jawatan

SHAH ALAM – Jangan kerana sayangkan jawatan, kepentingan dan hasrat rakyat sanggup digadaikan, kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Menurut Fakhrulrazi, rakyat bukannya mesin yang boleh dikawal namun mereka hanyalah manusia berakal dan bertindak balas di atas setiap tekanan dihadapi pada masa kini.

“Rakyat menilai dan jangan sampai peluang ini terkubur dek sikap kita yang berbelit kata.

“Rakyat sudah amat derita. Mereka mahu melihat segera BN diturunkan dan sudah muak dengan gelagat pimpinan pembangkang yang terus berpolemik serta berbelit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Fakhrulrazi berkata, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN dan setiap pihak disarankan agar tidak mengeluarkan kenyataan berbelit.

Ujarnya, apa yang lebih mendukacitakan adalah apabila terdapat pihak sanggup memperkecilkan kemampuan rakan komponen pembangkang sedangkan mereka kelihatan lebih mesra BN.

“Kita bukan sahaja mahu tumbangkan Najib Razak tetapi BN secara keseluruhannya. Ini peluang terbaik.

“Jangan khianati rakyat yang memilih kita,jangan sampai mereka menghukum kita.

“Saya menyahut dan menyokong saranan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadhil yang mengatakan bahawa menumbangkan BN adalah satu kewajipan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");