Perak Hari Ini

Kapal Korek TT5 Dibuka Tahun Hadapan

BATU GAJAH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) mensasarkan bahawa warisan Kapal Korek TT5 (Tanjung Tualang 5) di sini akan dibuka kepada orang awam secara rasminya pada tahun hadapan.1

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminudin Hashim berkata, sehingga kini, pihaknya sedang melaksanakan proses membaik pulih kapal korek berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM4 juta.

“Kalau kita lihat sekarang ini tidak ada apa, mungkin pada masa depan kita akan letak kipas, lampu dan sebagainya.

“Kita akan selesaikan kerja-kerja membaikpulih ini pada hujung tahun ini. Jadi, tahun depan kita akan buka selepas kita dapatkan sijil pengesahan bahawa kawasan ini selamat terutamanya untuk anak-anak kecil dan sebagainya,” katanya dalam sidang media ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya MB Inc. di sini, hari ini.

8

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Ujar beliau lagi, pihaknya akan cuba meminimakan proses membaikpulih bagi membolehkan keaslian kapal korek berkenaan dapat dikekalkan.

“Pada masa ini, kita buka kepada orang ramai tetapi kita hanya benarkan mereka mengambil gambar sahaja disebabkan faktor keselamatan. Setiap minggu ramai yang datang,” tegasnya.

3

Aminuddin berkata, aktiviti di kawasan tersebut juga akan dipelbagaikan pada masa akan datang supaya ianya mampu menarik para pelancong untuk datang ke situ selain menjadikan salah satu kawasan pelancongan di negeri Perak.

“Ia secara tidak langsung dapat menjana pendapatan sampingan yang mana ianya akan digunakan untuk kos penyelenggaraan kapal korek tersebut yang dianggarkan sebanyak RM2 juta setahun,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");