Sukan Hari Ini

Kejutan tangan emas Fazliddin

Rio de Janeiro: Fazliddin Gaibnazarov (gambar) mengejutkan petinju berkemahiran tinggi kelahiran Cuba Lorenzo Sotomayor bagi membantu Uzbekistan melakar kejutan meraih dua emas pada hari terakhir tinju Olimpik, semalam.

Fazliddin mengatasi kelebihan lawan yang mempunyai susuk tinggi, menewaskan Sotomayor dengan kelebihan satu juri memihak kepadanya di Rio Centro Arena, Rio.

Sotomayor yang berhijrah ke Azerbaijan pada 2013 untuk mengembangkan karier antarabangsanya, menjadi pilihan untuk meraih emas.

Namun, Sotomayor, 31, tidak pernah mendominasi pertarungan dengan lawan yang mempunyai fizikal lebih rendah, sentiasa memberikan cabaran dan turut melepaskan tumbukan tepat kepadanya di pusingan kedua.

Sotomayor mempunyai talian kekeluargaan dengan atlet lompat tinggi Cuba, Javier yang beraksi di Olimpik 1992, kecewa dengan keputusan dan dia meninggalkan gelanggang bersama perasaan terkejut sambil ahli pasukan menyuarakan kemarahan kepada juri.

Ia adalah kejutan kedua membabitkan petinju Uzbekistan, semalam.

Pada perlawanan pertama, Shakhobidin Zoirov mengejutkan juara dua kali dari Russia Misha Aloian untuk memenangi emas kategori flyweight.

Shakhobidin, 23, bertinju dengan pantas untuk mengecewakan lawan dan menang dengan keputusan mutlak, apabila juri memilihnya dengan mata 30-27, 29-28, 29-28.

Petinju Uzbekistan menyambutnya dengan gembira selepas keputusan itu dan dia dijulang salah seorang pembantunya untuk mengelilingi stadium.

“Saya mempunyai impian menang di Olimpik. Itu sasaran dan saya melakukan semuanya untuk mencapainya,” kata Shakhobidin.

Kejayaan itu melengkapkan perjalanan Shakhobidin yang sudah bertarung 13 tahun, mula bertinju sejak berusia 10 tahun.

“Saya dari keluarga pertengahan yang bekerja keras dan saya turut bekerja keras,” katanya.

“Banyak pertarungan saya tewas pada peringkat awal karier dan saya sangat kecewa dan sentiasa mencuba. Kekalahan berlaku dalam saingan kebangsaan dan peringkat benua.

“Terdapat kekalahan dan kemenangan namun matlamat utama adalah memenangi emas Olimpik.”- harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");