Berita Hari Ini

Kerajaan perlu lihat baik buruk tanam ketum

KOTA BHARU – Kerajaan secara amnya boleh melihat sejauh mana kebaikan jika daun ketum dikomersialkan di luar negara seperti cadangan yang dikemukakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Ketua Penerangan PKR Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, jika ketum dijustifikasikan membawa implikasi bahaya jika disalah guna, maka rokok itu sendiri juga mempunyai seribu satu bahaya.

“Jika penanaman semula ketum adalah bertujuan untuk dikomersialkan khusus buat permintaan perubatan, maka apa salahnya kita bersetuju. Risda mengunjurkan demikian bermaksud untuk perubatan, selain membantu kantung negara,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mengesyorkan agar pekebun kecil dibenarkan menanam pokok ketum untuk tujuan eksport ke luar negara.

Menurutnya, andai dibandingkan dengan tembakau, ia dikomersialkan bagi menghasilkan rokok dan tiada siapa boleh menyatakan yang rokok dapat menambah baik kesihatan.

Beliau berkata, walaupun kerajaan tahu kesan rokok itu parah namun keutamaan kepada penghasilan kantung negara lebih utama daripada menghasilkan benih manusia yang sihat di negara ini.

Sinar Harian turut melaporkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berharap kerajaan tidak meluluskan cadangan Risda yang ingin melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar untuk dieksport ke luar negara.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Datuk Azizan Ariffin berkata, cadangan itu dilihat boleh membantutkan usaha memastikan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, AADK sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Risda itu kerana ia mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada keuntungan yang bakal diperoleh kelak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");