Berita Hari Ini

Kesederhanaan, toleransi dan tolak ansur asas semangat kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Sokongan rakyat terhadap atlet negara yang bertanding dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini adalah cerminan kepada tema Hari Kebangsaan kali ini, Sehati Sejiwa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata semangat seperti itu harus diterus dan dikekalkan kerana ia menjadi asas kepada kejayaan dikecapi negara selama ini.

Katanya, kesungguhan dan kecekalan pejuang negara menjadi asas dan garis panduan kepada rakyat untuk mengharungi rintangan serta cabaran.

“Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan atlet Olimpik negara. Mereka menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi.

“Di tanah ari pula, seluruh rakyat besatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet kita yang berjuang.

“Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Kebangsaan tahun ini, Sehati Sejiwa, sekali gus membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiong Lai yang juga Presiden MCA, berkata sambil seluruh negara meraikan kejayaan atlet yang meraih pingat, rakyat harus sedar kejayaan setiap individu adalah kejayaan bersama.

“Ia adalah tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri demi kejayaan Malaysia secara kolektif,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sama-sama menghayati semangat kemerdekaan dengan menjadikan kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur sebagai asas.

“Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");