Berita Hari Ini

Kualiti Udara Tidak Sihat Di Lembah Klang Walaupun IPU Sederhana

PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda beberapa kawasan di Lembah Klang meskipun bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman web Jabatan Alam Sekitar (DOE) melaporkan bacaan pada tahap baik dan sederhana.

Orang ramai menyedari penurunan mendadak kualiti udara pada Isnin dan bau asap dapat dihidu dengan beberapa bahagian di Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan jarak penglihatan yang terhad.

Namun, ramai pihak mula mempertikaikan bacaan kualiti udara kerana Petaling Jaya merekodkan bacaan IPU 46, Shah Alam (51), Pelabuhan Klang (55), Putrajaya (61) dan Cheras (45).

Menurut DOE, bacaan IPU itu adalah berdasarkan purata bacaan lebih 24 jam terdahulu.

Sebagai contoh, bacaan IPU pada pukul 10 pagi Isnin adalah anggaran bacaan diambil antara waktu itu dan 10 pagi hari sebelumnya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");