Perak Hari Ini

Lahirkan Tukang Gunting Rambut Di Kalangan Belia Melayu

IPOH : Pejabat Mara Daerah Kuala Kangsar dan Eroll Barbershop bekerjasama dalam menganjurkan Kursus Barber Shop di sini dalam misi melahirkan lebih ramai tukang gunting rambut dalam kalangan belia Melayu dan Bumiputera.

Kursus yang disertai oleh 20 orang peserta itu diadakan selama tiga hari di Hotel Tower Regency bermula 23 sehingga 25 Ogos 2016.

Penolong Pegawai Mara Daerah Kuala Kangsar, Mohamad Hairi Salim berkata, kursus yang dianjurkan tersebut bermatlamat untuk membangunkan lebih banyak kedai gunting rambut Bumiputera di negara ini.

IMG-20160824-WA0009

“Selepas kursus ini, program lanjutan akan diadakan di mana pihak MARA akan memilih beberapa peserta untuk menjalani latihan lanjutan di Eroll Barbershop selama sebulan.

“Selepas itu, pegawai MARA akan memantau peserta, memberi tunjuk ajar, dan bimbingan serta melihat skim yang bersesuaian sehingga dapat melahirkan usahawan daripada program ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, pemilik Eroll Barbershop, Azrol Nizam Mokhtar berkata, permintaan terhadap tukang gunting rambut Melayu pada ketika ini sangat tinggi.

IMG-20160824-WA0015

Ujarnya, beliau ingin membantu golongan belia untuk menambah pendapatan melalui kursus yang dianjurkan ini.

“Belia-belia yang ingin membuka kedai gunting rambut ini, saya akan memantau serta memberi tunjuk ajar dari segi pengurusan bagi menguruskan kedai gunting rambut.

“Program ini sangat bagus untuk belia-belia negeri Perak dan luar kerana dalam bidang gunting rambut ketika ini, ianya sangat mendapat permintaan yang sangat tinggi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");