KUALA KANGSAR:Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 250.9 Sungai Perak menghala arah selatan awal pagi tadi.
Kemalangan tersebut membabitkan dua buah lori yang berlanggar sehingga mengakibatkan seorang pemandu daripada lori berkenaan tersepit.
Menurut sumber jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi tadi.
“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital sejurus selepas itu,” kata sumber.
Tambah sumber, pihak penyelamat telah menggunakan peralatan menyelamat khusus bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan susulan.
Komen & Pendapat