Sukan Hari Ini

Magis Coutinho

London: Philippe Coutinho mengukuhkan reputasinya sebagai pemain yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan percuma Liverpool menerusi jaringan ke atas Arsenal kelmarin, menurut rakan sepasukan Adam Lallana.

Penyarung jersi nombor 10 itu melihat sudut sesuai pada masa yang tepat buat Reds di Stadium Emirates apabila sepakan lencongnya gagal ditepis penjaga gol Gunners Petr Cech pada babak pertama.

Jaringan penyamaan itu memberi semangat buat skuad kendalian Juergen Klopp dan mereka mendapat momentum pada separuh masa kedua, menjaringkan tiga lagi gol untuk meraih kemenangan 4-3 di London.

“Phil sekali lagi melakukan muslihat dengan sepakan percuma,” kata Lallana kepada Liverpoolfc.com.

“Kami berlatih sepakan itu beberapa hari lalu dan tidak mungkin sesiapa pun mampu menangani sepakan percuma sebaiknya.

“Namun kami mahu dia melakukannya kerana dia mampu berbuat demikian dan saya fikir itulah jaringan terbaik daripadanya yang pernah saya saksikan. Ia melangkaui kebiasaan dan melayang ke arah sudut atas, penjaga gol langsung tidak berpeluang.”

Lallana meneruskan kecemerlangan, empat minit selepas separuh masa, berjaya mengawal hantaran Georginio Wijnaldum ke kawasan penalti dan melakukan penyudah yang gagal diselamatkan Cech untuk meletakkan Liverpool di depan.

Jaringannya memulakan tempoh dominasi sepenuhnya dan jaringan selanjutnya daripada Coutinho dan Sadio Mane menyebabkan Arsenal tergamam ketika Reds menguasai perlawanan.

Pemain tengah itu berkata: “Saya bermula agak perlahan tetapi saya berjaya menjiwai perlawanan. Pasukan berasakan kami sudah menguasai perlawanan.

“Sedikit keajaiban dari Phil memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada kami menjelang separuh masa. Ia sesuatu yang hebat bagi kami dan kami turun pada separuh masa kedua seperti dirasuk, ia sungguh hebat.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");