Membawang Hari Ini

Mahu anak besar depan mata

Sejak bergelar bapa kepada Raisya Umairah Sharon tiga bulan lalu, Ronnie Hussein mula merasai perubahan dalam dirinya.

Yang pasti, rasa kasih sayangnya kepada kanak-kanak lebih mendalam dan mudah tersentuh sekiranya ada terdengar atau membaca berita sedih membabitkan golongan itu.

“Alhamdulillah, anak saya kini berusia hampir tiga bulan dan sihat. Banyak perubahan yang saya rasakan selepas bergelar bapa.

“Kalau sebelum ini, rasa kasih sayang kepada kanak-kanak itu ada, tetapi kini perasaan itu lebih mendalam,” katanya.

Ronnie juga mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak dan melihat sendiri perkembangan anaknya itu.

“Kalau boleh, biarlah dia membesar di depan mata saya. Saya masih aktif dengan aktiviti seni, tetapi sedikit dikurangkan memandangkan fokus saya lebih kepada anak dan isteri.

“Saya tidak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak saya. Biar dia membesar dan kenal saya serta ibunya dengan lebih rapat,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Ronnie kini dalam proses mencari bahan terbaik untuk dijadikan single terbarunya.

“Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan syarikat rakaman. Kalau boleh saya tidak mahu bazirkan masa dan wang. Biarlah lagu yang dipilih itu berkualiti,” katanya.

Kini, lagu dendangannya, Kau Masih Mawar Merah kerap dimainkan di stesen radio dan mendapat respons positif daripada pendengar.

“Pada mulanya, lagu itu dihasilkan sebagai lagu tema filem Warna Cinta Impian lakonan Awie dan Erra Fazira. Namun, tak sangka pula sekarang ia jadi popular,” katanya.

Mengakui genre balada kurang memberi kepuasan kepada dirinya, Ronnie tidak menolak sekiranya ramai pendengar hari ini inginkan lagu bernada 90-an seperti itu.

“Mungkin kurang memberi kepuasan untuk lontaran vokal saya. Namun, apa yang dapat saya katakan, pendengar hari ini lebih cenderung kepada genre itu.

“Lihat saja lagu daripada Projektor Band dan beberapa penyanyi baru lain yang menyanyikan lagu ala 90-an. Ramai yang suka dan sebagai pemuzik, kita berikan nada yang pendengar mahu dengan suntikan elemen lebih segar,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");