Sukan Hari Ini

Masa terbaik Chong Wei

JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan yakin Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat bagi memburu kilauan pingat emas pertama negara pada temasya sukan Olimpik, Rio yang akan bermula, 5 Ogos ini.

Keyakinan Hendrawan berdasarkan tahap fizikal Chong Wei termasuk persediaan yang dilakukan oleh pemain berusia 34 tahun itu yang lebih sempurna jika dibandingkan edisi empat tahun lalu.

“Jika dilihat pada persediaan yang kita buat sekarang, semuanya ok. Dan apa yang paling penting, Chong Wei bebas daripada sebarang kecederaan jika dibandingkan empat tahun lalu yang mengalami kecederaan buku lali beberapa bulan sebelum ke Olimpik London 2012.

“Masa itu, dia juga masih muda dan kurang berpengalaman, tetapi kini dia lebih matang.

“Jadi, dengan persiapan lebih baik dan berjalan seperti apa yang dirancang, saya yakin Chong Wei mampu untuk merealisasikan bukan sahaja impian peribadinya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, pemain badminton nombor satu dunia itu hanya meraih pingat perak di Beijing 2008 dan London 2012.

Berdasarkan undian, Chong Wei akan berdepan Soren Opti dari Surinam dan Deren Wok dari Singapura dalam Kumpulan A sebelum dijadualkan bertemu Chou Tien Chen di pentas suku akhir.

Cabaran sebenar Chong Wei adalah di peringkat separuh akhir apabila dia dijangka berdepan jaguh China, Lin Dan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");