Perak Hari Ini

Mastura Nyata Hasrat Ketengah Bidang Penterjemahan

KUALA KANGSAR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menyatakan hasrat bagi mengetengahkan bidang penterjemahan yang disifatkannya satu peluang pekerjaan berpotensi tinggi juga lumayan.

Ujarnya, golongan profesional juga mengikuti kursus ini dan meninggalkan kerjaya mereka bagi mempelajari kemahiran ini.

PERAKTODAY1 (6)

“Ini bermakna kemahiran menterjemah adalah satu kemahiran yang harus dimiliki bagi mereka yang ingin berkerja dari rumah,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan program ‘Team-Me-(Attitude, Skill, Knowledge, Monitoring and Evaluation) Bengkel Kepimpinan anjuran Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) di sini hari ini.

Tambahnya lagi,bidang penterjemahan sangat bersesuaian dengan golongan wanita yang sebelum ini tidak ada kerjaya yang khusus untuk dijalankan di rumah.

PERAKTODAY3 (4)

Beliau yang juga merupakan pemegang sijil penterjemah daripada Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) berkata akan berusaha untuk menganjurkan kursus penterjemahan di Kuala Kangsar jika menerima sambutan yang baik.

“Saya terlebih dahulu ingin melihat tahap itu berada di peringkat yang mana jika ia berada diminati semua jadi saya perlu membawa kursus tersebut ke Kuala Kangsar jika Institut Penterjemahan bersetuju.

Kalau ramai yang mahu mengikuti krusus ini saya bersedia melakukannya kerana ia satu krusus yang sangat baik dan perancangan ini akan diumumkan kelak setelah mengadakan perbincangan serta mengenal pasti sambutan orang ramai mengenainya.

“Terjemahan bukan untuk wanita sahaja tetapi semua peringkat termasuk golongan lelaki melibatkan kaedah penterjemahan bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

PERAKTODAY5 (3)

“Ia juga memerlukan minat dan bukannya perkara yang senang bagaimanapun ia hasilnya begitu lumayan,” katanya lanjut.

Terdahulu seramai 72 usahawan wanita daripada kaum India melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Taiping dan Selama menyertai Program ‘team-me –bengkel kepimpinan tersebut.

PERAKTODAY (9)

Sementara itu, pada masa yang sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif Skretariat SEED Jabatan Perdana Menteri,Datuk Dr.A.T.Kumararajah berkata sejak penubuhan Skretariat SEED pada 1 Ogos 2012 sebanyak 8,975 usahawan wanita India dibantu menerusi jumlah pembiayaan sebanyak RM103,599,987 sehingga Julai 2016 adalah hasil kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Ia melibakan penganjuran program dengan kerjasama AIM sejak tahun 1999 dan penubuhan sekretariat ini adalah untuk menambah sumber dan keperluan terhadapa program yang diatur,” katanya.

Tambahnya lagi,pelbagai program dirangka termasuk kerjasama bersama pasaraya Mydin bagi membantu usahawan mengetengahkan produk mereka.

PERAKTODAY6 (1)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");