Berita Hari Ini

MEX umum tol percuma sempena Hari Kebangsaan 2016

KUALA LUMPUR: Maju Expressway Sdn Bhd pengendali Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) mengumumkan laluan tol percuma kepada pengguna jalan raya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.

Laluan tol percuma itu akan dinikmati semua jenis kenderaan bermula jam 12 pagi hingga jam 11.59 malam, 31 Ogos ini.

Menurut kenyataan media, pemberian tol percuma sempena Hari Kebangsaan itu sudah dilakukan sejak tahun 2010 bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah bersama rakyat di negara ini.

“Ia juga sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada pengguna lebuh raya berkenaan.

“Malah, laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 97,000 warga kota yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di ibu kota,” katanya, di sini, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");