Sukan Hari Ini

Misi kebangkitan Foxes

JUARA Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester City mengidamkan untuk kembali bangkit setelah ditewaskan Hull City 1-2 minggu lalu.

Namun, Leicester mungkin berdepan tugas sukar apabila perlu bertemu Arsenal awal pagi esok dan rekod musim lalu lebih memihak The Gunners.

“Musim lalu kami kalah dua kali kepada Arsenal. Kami tahu mereka pasukan yang bagus dengan jurulatih yang bagus, tetapi kami sudah sedia.

“Saya sudah melihat perlawanan pertama Arsenal dan mereka seperti ada masalah di bahagian pertahanan. Itu kelemahan yang boleh kami ambil kesempatan. Tetapi saya amat menghormati pasukan itu.

“Kami harus melakukan segalanya dengan betul tanpa sebarang kesilapan. Kekuatan kami masih seperti sebelum ini dan tidak akan mengubah mentaliti dan semangat,” kata pengendali The Foxes, Claudio Ranieri.

Untuk rekod, Leicester tunduk kepada Arsenal 2-5 pada September dan turut tewas 1-2 pada pertemuan kedua di Stadium Emirates.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");