Jenayah

Motor hangus selepas nahas

TITI SERONG – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Parit Buntar nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Perak, di sini kelmarin.

Seorang saksi kejadian, Saiful Nizam Elias, 35, berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anak sulung sebelum melihat kemalangan itu berlaku di depan mata.

Menurutnya, mangsa yang memakai pakaian sekolah tercampak ke tepi jalan sebelum secara tiba-tiba motosikal berkenaan terbakar.

“Saya dan penduduk di situ membantu mengalihkan kereta yang terbabit kemalangan supaya tidak mendekati motosikal terbakar itu.

“Mangsa kemudiannya dialihkan ke tempat selamat oleh orang ramai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar kemudiannya dihubungi bagi memadamkan kebakaran,” katanya.

Saiful Nizam berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan susulan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansor berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari, dengan kekuatan lima anggota berserta sebuah jentera, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa kurang lima minit untuk memadamkan kebakaran namun motosikal terbabit hangus keseluruhannya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");