Berita Hari Ini

Najib terima kunjungan hormat delegasi Filipina

PUTRAJAYA – Penasihat Presiden Filipina mengenai Proses Damai Jesus G.Dureza dan delegasinya hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat perdana menteri di sini.

Dureza dan delegasi beliau termasuk Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Ismael D.Sueno dan Martin Andanar daripada Pejabat Operasi Komunikasi Presiden dan Duta Besar Besar Filipina di Malaysia, J.Eduardo Malaya tiba di Perdana Putra pada kira-kira 9.15 pagi.

Turut serta dalam delegasi itu ialah Ketua Panel Pelaksana Kerajaan Filipina Irene M.Santiago dan empat anggota panel iaitu Diosita T.Andot, Nabil A.Tan, Rolando Asuncion dan Dickson P.Hermoso.

Dilaporkan anggota baharu panel pelaksana Kerajaan Filipina itu dan wakil Barisan Pembebasan Islam Moro telah mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur pada hujung minggu untuk secara rasminya melancarkan Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro.

Najib dalam kenyataannya pada Sabtu menyambut baik pelancaran semula Perjanjian Damai Bangsamoro dan menurutnya Malaysia kekal komited terhadap perjanjian damai Bangsamoro selagi diperlukan.

Pelan damai Bangsamoro telah melalui beberapa pindaan sejak lebih 17 tahun menerusi rundingan antara kerajaan Filipina dan MILF.

Pelan damai komprehensif antara kedua-dua pihak yang diusahakan oleh Malaysia, ditandatangani pada 27 Mac, 2014. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");