Sukan Hari Ini

Nauraj hampir cipta sejarah

PELOMPAT tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hampir mencipta sejarah dalam acara trek dan padang di Rio, namun beliau gagal layak ke final dalam acara itu di Stadium Olimpik di sini pada Ahad.

Dalam pusingan kelayakan, beliau nyaris gagal mara susulan empat pelompat lain melepasi ketinggian sama pada paras 2.26 meter dalam cubaan pertama mereka, tetapi beliau hanya membuat lompatan tahap itu dalam cubaan keduanya.

Seramai 11 pelompat melepasi paras 2.29m dan layak sementara empat yang lain yang membuat lompatan pada paras 2.26m merupakan antara 15 pelompat terbaik dalam kalangan 44 atlet yang melepasi pusingan kelayakan.

Sekiranya Nauraj melepasi pada percubaan kali pertama lompatan, maka beliau akan berupa atlet trek dan padang pertama Malaysia yang layak ke final bagi acara olahraga.

Namun beliau turut gagal mengatasi rekod kebangsaan yang dibuatnya setinggi 2.29m di Terbuka Singapura tahun ini yang memberikannya tiket secara merit ke Rio.

“Saya gementar kerana ini merupakan olimpik pertama saya dan juga atlet pertama yang memulakan pusingan kelayakan,” kata pelompat berusia 24 tahun ini yang dilatih jurulatih sementara Alex Stewart dari Australia.

“Namun saya gembira dengan prestasi saya di olimpik ini yang membuktikan saya termasuk dalam kategori elit,” tambah atlet yang turut berlatih singkat di bawah asuhan Alex di Sydney.

Beliau melepasi ketinggian 2.17m pada percubaan pertama, 2.22m pada percubaan ketiga dan 2.26m di percubaan kedua tetapi gagal melepasi paras 2.29m dalam tiga percubaan yang dibenarkan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");