Sukan Hari Ini

NSD julang trofi Terbuka Srikandi MAYC

Seremban: Pasukan bola jaring NSD Pulau Pinang mempamerkan kehebatan tersendiri apabila menewaskan MAYC Negeri Sembilan, 12-9 untuk menjulang Kejuaraan Bola Jaring Terbuka Srikandi MAYC Negeri Sembilan 2016, yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, baru-baru ini.

Pasukan yang tampil dengan barisan lapan pemain terbaik mencatatkan rekod bersih, bermula saingan peringkat kumpulan dan kemudiannya meneruskan rentak cemerlang di peringkat suku dan separuh akhir.

Kejayaan skuad itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM1,500 manakala wakil Negeri Sembilan meraih pingat dan wang tunai RM1,000.

Kejohanan anjuran Kelab Belia-Belia Malaysia (MAYC) Negeri Sembilan diadakan sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan 2016 dan disertai sebanyak 21 pasukan.

Penyelaras kejohanan Mohd Faizal Ahmad berkata, pihaknya puas hati apabila semua pasukan yang bertanding menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

“Kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan malah setiap pasukan menunjukkan usaha tinggi untuk menang,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");