Sukan Hari Ini

Otai AS puas raih emas ketiga

Rio de Janeiro: Dalam pasukan yang kebanyakannya disertai pemain muda dan kali pertama beraksi di Olimpik, muncul pemain veteran Amerika Syarikat Carmelo Anthony dan Kevin Durant untuk mencuri perhatian di Rio selepas mereka meraih emas buat kali ketiga berturut-turut.

Anthony menjadi pemain pertama yang meraih tiga emas dalam acara bola keranjang, seminggu selepas dia menjadi penjaring terbanyak Amerika Syarikat di Olimpik mengatasi bintang NBA LeBron James.

Bagaimanapun, Durant – satu-satunya pemain selain Anthony yang pernah beraksi di London 2012 – banyak membantu dengan kepakarannya beraksi di bahagian serangan untuk membolehkan AS meraih emas.

Pasukan yang baru dikumpulkan itu, dicabar hebat di Rio sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kemampuan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak memikirkan perkara itu, jelas Durant.

“Kami mula dikumpulkan pada 17 Julai dan sudah menetapkan matlamat untuk memenangi emas ini. Ini adalah fokus utama kami, Carmelo menjadi ketua dan saya pula pembantunya,” katanya.

Anthony, 32, menggunakan segala pengalaman yang ada dan Durant, 27, muncul sebagai penjaring selepas mereka mengalahkan Serbia 96-66.

Anthony berada dalam skuad 2004 di mana mereka hanya meraih gangsa, keputusan yang sukar diterima sehingga berlaku perubahan dalam pertubuhan dan program bola keranjang di Amerika Syarikat.

“Ia sukar untuk memahami dan merasainya selepas anda berjaya melaluinya. Ia mengambil masa untuk anda faham, mempunyai peluang untuk bangkit semula sejak 2004 hingga sekarang, saya tidak boleh menggambarkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” katanya. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");