Panasnya Hari Ini

PAS Nafi Laporan Sarawak Report

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mendakwa bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, laporan Sarawak Report itu dilihat mempunyai niat jahat dan ingin mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan UMNO terus berlaku. Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan UMNO.

“PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah paalsu dan berniat jahat,”katanya.

Ujarnya lagi, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut.

“Tindakan menfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

“Saya menggesa agar orang ramai menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");