Jenayah

Pedang antara barangan dirampas

NILAI: Seramai 115 individu termasuk empat wanita ditahan dalam Ops Cantas Khas 2 yang dilancarkan seminggu lalu di sekitar bandar Seremban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusof berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 23 individu dikehendaki ditahan dan 19 individu disiasat di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

“Mengikut kepada pecahan bangsa kesemua ditahan, seramai 52 lelaki adalah berbangsa India, 16 lelaki Cina, 34 lelaki Melayu, empat wanita Melayu dan selebihnya lain-lain bangsa.

“Kesemua yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu berumur dalam lingkungan 16 hingga 47 tahun,” katanya selepas taklimat Operasi Pencegahan Jenayah di Balai Polis Nilai di sini, malam kelmarin.

Menurut Nor Azman, dalam Ops tersebut juga, polis turut telah membuat pemeriksaan ke atas 6,740 individu menerusi sekatan jalan dan pemeriksaan premis-premis.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan turut dilakukan membabitkan 1,988 kereta, 2,291 motosikal dan 564 lain-lain kenderaan.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, polis turut merampas satu pedang, dua bilah pisau, dua parang, dadah, dua motosikal dan dua kereta,” katanya.

Menurutnya, polis memfokuskan kepada kawasan panas dalam Ops berkenaan.

“Selepas bandar Seremban, operasi turut akan dilancarkan di Nilai dan Port Dickson,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");