Isu Panas

Peguam Negara sepatutnya mewakili rakyat

JERLUN – Peguam Negara yang sepatutnya mewakili rakyat Malaysia memfailkan saman di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di New York, bukan diwakili pihak ketiga untuk meminta aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikembalikan kepada negara.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan tidak bertindak, sebaliknya dilakukan individu yang prihatin terhadap isu melibatkan kepentingan negara.

“Sepatutnya perkara seperti ini dibuat oleh Peguam Negara, kita boleh agak kenapa beliau tidak bertindak sebaliknya dilakukan pihak lain mewakili rakyat Malaysia,” katanya.

Ahli-ahli Parlimen Amanah dikatakan bakal menandatangani satu surat bertujuan meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyokong tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Cheng, menfailkan saman itu di New York, untuk memberi lebih legitemasi ke atas usaha itu.

Pihak yang dinamakan sebagai defendan ialah Red Granite Pictures (penerbit filem Wolf of Wall Street), syarikat diasaskan bersama Christopher Joey McFarland, dikatakan kawan kepada Riza Aziz.

Defendan lain termasuk, Bank Pelaburan Goldman Sach bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner; pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Mukhriz turut mempersoalkan tindakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang mengadakan sesi penerangan berhubung isu 1MDB secara tertutup di Shah Alam baru-baru ini.

“Kita tidak diberitahu apa yang beliau perjelaskan pada sesi penerangan itu, hanya terbuka kepada ahli Umno, patut buatlah secara terbuka agar pihak luar mendapat gambaran sebenar,” katanya.

Menurutnya, kempen penjelasan berhubung isu 1MDB dan siapakah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) akan terus di perhebatkan oleh pembangkang menerusi sesi ceramah mahupun risalah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");