Berita Hari Ini

Peluang pekerjaan kepada rakyat

JASIN – Pembinaan kilang kaca di Lipat Kajang di sini, bukan sahaja mempunyai daya dinamik dalam menggalakkan pelaburan di Melaka, malah bakal memberi impak besar kepada rakyat terutama peluang pekerjaan.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, pembinaan kilang bagi tujuan eksport itu juga mampu memberi kesan hubungan langsung selain faedah kepada syarikat lain seperti yang mempunyai kepentingan dalam bidang pengangkutan.

“Jika kerajaan negeri mempunyai daya dinamik dalam menggalakkan pelabur untuk datang ke negeri kita, kita akan dapat hubungan langsung. Faedahnya mereka menjadikan Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sebagai pegangan dan rakan niaga.

“Dari segi peluang, kita dapat lihat secara langsung syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pengangkutan dan bidang perkapalan umpamanya,” katanya pada sidang media selepas melawat kilang berkenaan di sini, semalam.

Idris berkata, kesan langsung itu dijangka diperoleh daripada hasil penambahan nilai pelaburan kira-kira RM1.5 bilion daripada syarikat pengeluar kaca terbesar China, Xinyi Glass Group Companies dalam tempoh terdekat.

“Kilang kaca yang dibina di kawasan seluas 32 hektar dan berfungsi bagi tujuan eskport itu antara yang pertama menyahut seruan kerajaan negeri membina pelan perancangan mengikut konsep amalan hijau. Kini mereka berhasrat untuk menambah kawasan bagi pembangunan kilang.

“Mekeka juga mahu kawasan penambahan bagi pembinaan sistem solar panel yang menjana elektrik dengan kapasiti 12 mega watt (MW) untuk kegunaan dalaman dan ini memerlukan kerjasama kerajaan negeri bagi melaksanakannya terutama dalam konteks utiliti,” katanya.

Idris berkata, kilang tersebut juga dilihat bukan sahaja mampu mengangkat Melaka sebagai sebuah negeri maju malah sebagai bukti pelaburan, sekali gus menafikan tuduhan pemimpin tidak mengamalkan dasar terbuka dan pandangan negatif bahawa tiada pelaburan di negeri ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");