Sukan Hari Ini

‘Pemain masih kepenatan punca kami seri’

Liverpool: Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino (gambar) percaya pemainnya memerlukan masa lebih panjang untuk pulih daripada keletihan aksi antarabangsa selepas sekadar seri 1-1 dengan Everton kelmarin.

Pochettino gembira dengan aksi separuh masa kedua yang memberikan mereka mata tunggal pada perlawanan pertama musim baru Liga Perdana Inggeris. Namun aksi hambar pada separuh masa pertama menyebabkan jurulatih kelahiran Argentina itu terpaksa ‘mengejutkan’ anak buahnya di bilik persalinan.

Malah Pochettino percaya tahap tenaga rendah sebelum separuh masa disebabkan pemainnya masih letih kesan daripada tugas antarabangsa ketika musim rehat liga.

“Kami bermula dengan perlahan, kurang bertenaga dan saya kecewa,” kata Pochettino.

“Kami bolos pada awal permainan dan bagus apabila dapat menebusnya namun sukar untuk menguasai perlawanan.

“Saya amat tidak gembira dengan separuh masa pertama dan kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua dan kami membuktikan pasukan ini seperti pasukan musim lalu.

“Kami perlu menganalisis apa yang berlaku, tapi akhirnya ia adalah perlawanan pertama musim ini dan banyak yang perlu dilakukan.

“Ramai pemain kami terbabit dengan Euro dan sukar untuk mereka kembali cergas dan bersedia tetapi saya fikir pada akhirnya kami perlu mengambil yang positif daripadanya.

“Pada akhirnya, anda tidak boleh menjadi terlalu kritikal. Ini tanggungjawab saya juga dan saya cuba mengubah sesuatu demi mengubah jaringan dan mencipta peluang meraih kemenangan.

“Kami hampir menang pada akhir perlawanan kerana menguasainya sepanjang tempoh 15 atau 20 minit terakhir.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");