Isu Panas

Pembangkang juga tidak seronok lihat kemelut Umno

KUALA TERENGGANU: Pembangkang menyifatkan ‘tidak berasa seronok’ atau ‘bertepuk tangan’ dengan kemelut dalaman Umno yang melanda parti itu, khususnya di peringkat negeri.

Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing sebaliknya menggesa Umno Terengganu segera menyelesaikan krisis dalaman mereka bagi mengembalikan kestabilan politik negeri ini.

Menurutnya, pembangkang adalah sebahagian rakyat yang turut mengharapkan kerajaan negeri dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam membangunkan negeri, bukan mewujudkan suasana tidak menentu dalam negeri ini.

“Tidak semestinya apabila kita pembangkang berasa suka atau senang hati (dengan kemelut dalaman Umno). Yang jadi mangsa, berdepan dengan masalah adalah rakyat biasa.

“Kalau rakyat biasa menghadapi suasana yang tidak menentu, mereka juga akan menjadi mangsa kepada apa yang sedang berlaku. Pembangkang pun sebahagian rakyat juga,” katanya.

Beliau berkata sebagai mengulas isu berlarutan melibatkan kemelut antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.

Mengulas lanjut, Chai Hing berkata bahawa pihaknya turut mengharapkan kerajaan negeri yang dipimpin Umno mampu memainkan amanah diberi rakyat pada PRU lepas sebaik mungkin dan bukan mencetuskan suasana tidak menyenangkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");