Isu Panas

Pemuda Pas selar kenyataan Mahdzir Khalid

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyelar golongan yang mengheret pelajar ke perhimpunan Tangkap M01 di ibu negara Sabtu lepas.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, secara umumnya tidak ada golongan pelajar sekolah yang terlibat atau mungkin hanya minimum sahaja, jika hendak dibandingkan dengan mahasiswa dan masyarakat awam.

“Saranan beliau (Mahadzir) agar golongan mahasiswa lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak melibatkan diri dengan isu politik juga bertentangan dengan hak mahasiswa yang dibenarkan untuk berpolitik.

“Hak untuk berkumpul dijamin oleh perlembagaan dan kita mengharapkan tidak ada mana-mana pihak yang mencabul hak ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyarankan agar golongan ibu bapa dan masyarakat tidak mengheret anak-anak mereka atau pelajar sekolah menyertai sebarang perhimpunan haram.

Menurutnya, dalam masa yang sama juga, sekalipun Pemuda Pas tidak terlibat dengan himpunan ini, ia tidak boleh dilabelkan sebagai pro kerajaan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat memberitahu, sebelum ini Pas telah mengadakan himpunan anti TPP dan anti DLP, dan tidak pernah menyelar golongan yang tidak terlibat dengan kedua-dua perhimpunan ini sebagai pro kerajaan.

“Pas sentiasa menghargai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik. Bagi kami, mahasiswa ialah aset negara di masa hadapan. Menyekat kebebasan mereka untuk bersuara hanya akan melahirkan generasi pimpinan yang kurang peka dengan isu-isu rakyat pada masa hadapan.

“Sekalipun Pemuda Pas mungkin sedikit berbeza dalam isu himpunan pada kali ini, tetapi menidakkan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara ialah satu langkah yang salah,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");