Jenayah

Penganggur didenda RM1,000 curi suplemen

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri tiga kotak suplemen kesihatan sari pati ayam Brand’s, bulan lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Ho Ghee Keong, 41, selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga kotak suplemen kesihatan itu yang bernilai RM221.70.

Ho melakukan kesalahan itu di Kedai Kesihatan Wellness, Aeon Mall Kepong, Sentul, di sini pada 11,44 pagi pada 30 Julai, dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Beliau ditahan selepas gagal mempamerkan resit pembelian selepas keluar dari kedai itu.

Terdahulu dalam rayuannya, Ho yang tidak diwakili peguam, merayu agar dijatuhkan hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan seorang isteri dan dua anak perempuan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal yang berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh, dan menggesa mahkamah

mengambil kira kesalahan lampau tertuduh berhubung kes dadah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");