Jenayah

Penggubahan wang haram: ‘Datuk’ di Melaka pula direman

MELAKA: Pegawai kanan berpangkat Datuk ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah penggubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Perintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Majistret, Syarina Shaarani@ Tan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini.

Suspek berusia 56 tahun itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta 2009.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan tiga penjawat awam dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan VVIP, aset lebih RM13j dibekukan]

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) lebih kurang jam 12 dan 2 petang semalam.

Sementara itu, di Putrajaya, SPRM memperoleh perintah reman seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");